Ini adalah gambar yg paling aku suke dalam banyak2 gambar kahwin aku.....Tanggal 20 Ogos 2004 aku telah sah menjadi isteri orang...hahahahha.Kini telah 6thn aku berkahwin dan di Kurniakan 4 Cahaya mata.
Ini adalah gambar anak sulung aku...umur dia dah 6thn.Dia seorang yang sensitif sket...dia suke makan ikan yang ade api (ikan stim).Suke menyakat adik sampai nangis.Selalu kena marah dan asyik main.walau macamana pon dia seorang yg rajin.
Ini pula gambar anak aku no 2.Nama dia Qasih Qurratu'aini.....yang bermaksud penyejuk mate,penyenang hati.Heheheh...buat mase iniber tercapai lagi maksudnye tu....harap2 da besa nt akan termakbul doa name yang aku bg.Dia seorang yang tak memaksa...suke pada kecantikkan dan kesempurnaan.Tp kuat menyakat dan degil sket.
Ini pula gambar anak kembar aku......macam x caye jer dapat kembar.Klu aku x mengandung kembar aku x tau pon ader keturunan aku yang kembar sepasang walaupon jauh.Aku amat2 besyukur aku yang dipilih mengandung kembar walaupon payah utk aku membesarkan dan menjaga sebaik mungkin.Biasela kadang2 tersasar jgk.Aku cuma insan biase.Walau bagaimana pon aku risau sebab banyak org cakap klu kembar lelaki permpuan ni salah sorang ade kemungkinan pendek umo.Aku sentiase berdoa agar x ade ape2 yang buruk berlaku pada anak aku.Sape2 yang bace blog aku ni pon berdoalah agar yang baik2 berlaku pada keluarga aku.Buat mase ni...inila ahli keluarga kecil ku.Yang aku sayangi.